Friday, 27 March 2020

HALAMAN UTAMA

MUAMALAH DALAM ISLAM DAN MUAMALAH KONVENSIOAL

Islam menggalakkan umatnya bermuamalah bagi memastikan ekonomi mereka berada dalam keadaan stabil dan memuaskan. Ramai yang mensalah ertikan konsep muamalah dalam Islam sebagai konsep yang rumit dan prosedur yang sukar diikuti. Hal ini demikian kerana, mereka kurang mendapat pendedahan dan pendidikan tentang konsep muamalah dalam Islam. Blog ini khusus untuk menceritakan serba sedikit tentang konsep muamalah dalam Islam dan konsep muamalah konvensional. Adalah diharapkan, ilmu yang dikongsi dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada kita semua

KUIZ

Untuk pastikan anda benar-benar faham nota kami, kami sediakan platform untuk uji minda anda.

Tekan link di bawah untuk ke halaman kuiz. Terdapat 5 soalan yang disediakan dan jawab semua soalan.

Anda boleh jawab kuiz kami di bawah ini

KUIZ GPI



BERITAHU KAMI SKOR ANDA!

Emailkan kepada kami skor anda supaya kami tahu adakah anda benar-benar faham topik ini.


Langgan blog ini untuk menerima notifikasi penulisan kami yang terkini. Anda juga boleh bertanyakan soalan atau berkongsi pendapat melalui ruang komentar di bawah.


TENTANG PENULIS

Kursus ini merupakan kursus yang wajib diambil oleh setiap siswa pendidik Institut Pendidikan Guru bagi memastikan mereka melengkapkan Program Persediaan mereka.
Blog ini dikelolakan oleh 3 orang pelajar TESL 1 dari IPG Kampus Pendidikan Teknik.
Muhammad Shafiq dan Aisyah ialah penulis blog ini. Mereka sangat giat dalam aktiviti penulisan dan sangat mahir menghimpun maklumat yang bermanfaat untuk pembaca. Zulaikha merupakan orang yang bertanggungjawab menyunting blog ini. Namun, kami bertiga sentiasa saling membantu dan bekerjasama menyiapkan blog ini.
Harapan kami adalah penulisan kami dapat diterima oleh pembaca dan maklumat serta ilmu yang kami kongsi memberi manfaat kepada para pembaca yang singgah di blog ini.

SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL VS SISTEM PERBANKAN ISLAM

SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL
  • Sistem perbankan British yang diubahsuai mengikut undang-undang dan peratiran yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
  • Berlandaskan prinsip komersial iaitu keuntungan dan kecekapan.

CIRI PERBANKAN KONVENSIONAL
  • Memberi faedah atas simpanan
  • Mengenakan faedah atas pinjaman
  • Membuat pelaburan
  • Mengutamakan keuntungan
  • Menjalankan tanggungjawab sosial




SISTEM PERBANKAN ISLAM
  • Berlandaskan prinsip Islam dan mengikut hukum syarak
  • Bertujuan menerapkan penggunaan prinsip dan undang-undang Islam
  • Berprinsipkan keadilan, halal dan perkongsian keuntungan mengikut perjanjian

CIRI PERBANKAN ISLAM
  • Tiada amalam riba dan faedah
  • Berkonsepkan konngsi untung dan kerjasama (Mudharabah dan Musyarakah)
  • Bebas daripada unsur maisir (perjudian), gharar (ketidakpastian), penindasan, pembaziran dan perbuatan yang tidak bermoral.
  • Mementingkan masyarakat dan negara




PERBANDINGAN ANTARA PERBANKAN ISLAM DAN PERBANKAN KONVENSIONAL

No
PERKARA
PERBEZAAN
1
Wahyu daripada Allah
Vs
Pemikiran Manusia
Perbankan Islam = Ini kerana ‘manual’ yang allah S.W.T. sediakan kepada manusia adalah Al-Quran dan Nabi kita Muhammad S.A.W. telah memberikan contoh bagaimana mengendalikan ‘manual’ tersebut sepanjang hidup kita.

Perbankan Konvensional = Bila akal dan pengalaman manusia dijadikan asas rujukan, maka ia terdedah kepada seribu satu macam kelemahan kerana manusia itu lemah.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud =
“ Kitab Al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. “ ( Surah Al-Baqarah [2:2] )
2
Iman dan Taqwa
Vs
Kepuasan Duniawi
Perbankan Islam = Pelaksanaan system Islam memerlukan iman & taqwa di dalam diri, maka setiap peraturan Allah adalah amanah. Setiap amanah tidak akan dipandang rendah oleh setiap mukallaf yang bertaqwa.

Perbankan Konvensional = Tidak dipandu dengan nilai iman & taqwa. Oleh yang demikian, dalam pengendalian perbankan konvensional, banyak perkaa yang tidak sehaluan dengan kehendak Islam berlaku.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud =
“ Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada padanya. Bahka Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik; mereka tidak juga mahu menerimanya. “ ( Surah Al-Mukminun [23:71] )
3
Tanggungjawab Agama
Vs
Tuntutan Manusiawi
Perbankan Islam = Melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya adalah terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, contohnya pegharaman riba.

Perbankan Konvensional = Berasaskan semata-mata kepada pemikiran manusia maka terlalu banyak aktiviti yang bercanggah dengan Islam termasuklah sistem riba yang menjadi paksi kepada system perbankan konvensional.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud =
“ Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata; Sesungguhnya aku dari kalangan orang beriman” ( Surah Fussilat [41:33] )
4
Redha Allah & Manusia
Vs
Redha Manusia
Perbankan Islam = Setiap urusniaga yang dijalankan akan berpayungkan kehendak Islam dan mencari keredhaan Allah S.W.T. semata-mata mengambil kira maslahah manusia.

Perbankan Konvensional = Tidak dipandu oleh panduan Ilahi yang akhirnya boleh membawa kepada kecelakaan di dalam kehidupan mereka. Ini terbukti dengan keingkaran mentaati perintah Allah S.W.T. dalam urusniaga iaitu semata-mata untuk mengajar  keuntungan duniawi.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud =
“ Adakah orang yang menurut keredhaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembainya ialah neraka jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. “ ( Surah Ali Imran [3:162] )
5
Mematuhi Perintah Allah
Vs
Melanggar Perintah Allah
Perbankan Islam = Setiap aktiviti yang dilakukan, sebagai contoh; membangunkan produk-produk yang baru, sistem perbankan Islam wajib meneliti persoalan hala dan haram sesuatu urusniaga yang ingin dilaksanakan.

Perbankan Konvensional = Tidak menilai urusniaga mereka dengan nilaian kacamata Allah S.W.T. Seolah-olah tidak menyedari bahawa segala urusniaga yang dilakukan akan dicatat oleh para malaikat Allah S.W.T. sama ada beroleh pahala atau dosa.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud =
“ Kuasa pemerintahan pada hari kiamat itu tertentu bagi Allah. Ia akan menghukum di antara mereka. Maka orang yang beriman dan beramal soleh ditempatkan di dalam syurga yang penuh dengan segala nikmat dan kesenangan. Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami,, maka mereka beroleh azab seksa yang menghina. “ ( Surah Al-Hajj [22:56-57] )
6
Keadilan Matlamat Utama
Vs
Keuntungan Matlamat Utama
Perbankan Islam = Adil ialah meletakkan sesuatu di tempatnya yang betul. Keadilan dalam Islam ialah bersifat menyeluruh iaitu memenuhi keadilan ke atas semua pihak yang berkontrak. Manfaat yang Allah S.W.T. kurniakan dikongsi bersama dengan pihak-pihak yang terlibat.

Perbankan Konvensional = Amalan urusniaga yang terkeluar dari orbit Islam menyebabkan keadilan itu tidak dapat diserlahkan dengan sempurna.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud =
“ Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan mungkar dan kezaliman. Ia mengejar kamu supaya kamu mengambil peringatan “ ( Surah Al- Nahl [16:90] )


SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL

SEJARAH PENUBUHAN PERBANKAN KONVENSIONAL

Sistem bank konvensional moden dikatakan telah wujud kira-kira 850 tahun yang lalu. Walaubagaimanapun penubuhan Banco della Pizza di Rialto di Venice pada tahun 1587 dianggap sebagai titik permulaan perkembangan bank moden. Di England, bank konvensional moden dianggap tidak wujud sebelum tahun 1640 dan Bank of England hanya ditubuhkan pada tahun 1694. 

Istilah bank boleh didefinisikan sebagai institusi kewangan yang berteraskan riba iaitu penerimaan deposit dengan kontrak pemberian premium atau faedah dan penyediaan hutang atau pembiayaan dengan dikenakan faedah. Perbezaan kadar faedah di antara produk deposit dan pembiayaan adalah keuntungan kepada bank. Bentuk keuntungan yang diperolehi bank seperti aset cair iaitu wang. Menurut sistem konvensional, wang boleh diklasifikasikan sebagai komoditi yang mempunyai harga di mana pihak yang memberi pinjaman berhak mendapat pulangan prinsipal dan premium di atas wang yang dipinjamkan. 

Pelbagai produk yang dikeluarkan oleh pihak bank konvensional yang terdiri daripada gadaian, kad kredit, overdraf dan pembiayaan peribadi untuk jangka masa yang pendek. Bagi produk jangkamasa yang panjang pula termasuklah seperti bon, bil perbendaharaan dan saham keutamaan. Kesemua produk yang dihasilkan oleh bank konvensional ini boleh dikatakan mempunyai unsur-unsur riba. Ini kerana segala produk yang dijalankan di institusi ini berasaskan keuntungan dalam bentuk bunga atau ‘interest’ ke atas jumlah pinjaman yang diberikan pihak bank kepada pelanggan. Jadi timbul pelbagai persoalan yang menyelubungi minda kita sama ada elok atau tidak kita menggunakan produk tersebut. Tidak dinafikan terdapat unsur-unsur gharar (ragu-ragu/ketidakpastian) di dalam semua produk bank konvensional ini. 

SISTEM PERBANKAN ISLAM

SEJARAH PENUBUHAN PERBANKAN ISLAM

Bertentangan dengan objektif penubuhan bank-bank konvensional, objektif penubuhan bank Islam adalah berlandaskan dua faktor utama, iaitu faktor tuntutan agama dan faktor keuntungan. Bagi bank Islam, sejarah penubuhannya bermula apabila tertubuhnya Mit Ghamr Local Saving Bank di Mesir pada tahun 1963 tanpa menggunakan perkataan Syariah secara rasmi. Bank ini berasaskan model ‘German Savings Bank´ yang diubahsuai berlandaskan konsep Islam (Clement M. Henry, Rodney Wilson, 2004). Pada tahun 1973, Islamic Development Bank (IDB) telah ditubuhkan pada sidang Menteri-Menteri Luar OIC (Organisation of Islamic Conference). Negara-negara anggota OIC telah menyertai IDB dan telah membantu mengembangkan bank Islam di negara-negara anggota. 

IDB juga terlibat dengan aktif dalam menggunakan dana bank untuk membangunkan masyarakat muslim sedunia (About IDB, 2007). Antara bank-bank Islam yang mula ditubuhkan adalah Dubai Islamic Bank pada tahun 1975 diukuti dengan Faisal Islamic Bank of Sudan pada 1977, Faisal Islamic Egyptian Bank dan Islamic Bank of Jordan pada tahun 1978, Islamic Bank of Bahrain pada 1979, The International Islamic Bank of Investment and Development, Luxembourg pada 1980 dan Bank Islam Malaysia Berhad pada tahun 1983. Di sesetengah negara, sistem perbankan Islam telah menggantikan sepenuhnya sistem kewangan konvensional. Bank Negara Sudan telah mengarahkan semua bank di negara tersebut untuk mengharamkan riba dan untuk menukar semua cara perbankan kepada sistem yang berlandaskan Syariah pada tahun 1984. 




PERKEMBANGAN INSTITUSI KEWANGAN ISLAM DI MALAYSIA

Di Malaysia, konsep kewangan Syariah bukanlah sesuatu yang baru, sejak perkembangan Islam di kepulauan nusantara pada abad ke-12, undang-undang Islam dalam perdagangan telah mula mempengaruhi masyarakat tempatan. Dalam Undang-Undang Melaka, terdapat beberapa peraturan yang menyentuh tentang pengharaman amalan riba dalam urusan jual-beli. Transaksi Islam juga telah digunapakai oleh masyarakat petani di Kedah, Perlis dan Perak sebelum kedatangan penjajah. Konsep yang digunapakai dikenali sebagai Al-Bay’ Al-Wafa iatu jualan dengan pilihan untuk membeli balik. Amalan tersebut diamalkan kerana mereka tidak mahu terlibat dengan pembiayaan pinjaman yang berasaskan bunga yang diuruskan oleh institusi ceti pada waktu berkenaan. 

Selepas kemerdekaan, permintaan untuk mewujudkan satu institusi kewangan yang halal telah meningkat. Pada tahun 1963, Lembaga Tabung Haji telah ditubuhkan bertujuan untuk membantu umat Islam di Malaysia menyimpan duit untuk menunaikan ibadah haji.

Kejayaan Tabung Haji mendorong pelbagai pihak untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar menubuhkan sebuah bank Islam sepenuhnya. Gerakan ini adalah hasil pelbagai perbincangan dan kajian demi kajian yang akhirnya menghasilkan rumusan bahawa wujudnya keperluan menubuhkan sistem perbankan yang berteraskan Syariah. Gelombang ini turut dicetuskan di peringkat antarabangsa di mana usul untuk menubuhkan bank Islam di negara-negara Islam telah dibincang dalam Mesyuarat Kedua Menteri-menteri Luar Negara Islam dalam tahun 1971. Hasilnya, kabinet meluluskan penubuhan bank Islam pertama pada tahun 1983 yang dikenali sebagai Bank Islam Malaysia Berhad yang dikawalselia di bawah Akta Perbankan Islam 1983. 

Kira-kira sedekad selepas itu, bank-bank konvensional mengambil inisiatif menawarkan jendela Islamik (Islamic window) dalam urusniaga mereka. Pada tahun 2003, bank-bank Islam asing mula bertapak di Malaysia memulakan operasi perbankan Islam.