Friday, 27 March 2020

SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL VS SISTEM PERBANKAN ISLAM

SISTEM PERBANKAN KONVENSIONAL
  • Sistem perbankan British yang diubahsuai mengikut undang-undang dan peratiran yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
  • Berlandaskan prinsip komersial iaitu keuntungan dan kecekapan.

CIRI PERBANKAN KONVENSIONAL
  • Memberi faedah atas simpanan
  • Mengenakan faedah atas pinjaman
  • Membuat pelaburan
  • Mengutamakan keuntungan
  • Menjalankan tanggungjawab sosial




SISTEM PERBANKAN ISLAM
  • Berlandaskan prinsip Islam dan mengikut hukum syarak
  • Bertujuan menerapkan penggunaan prinsip dan undang-undang Islam
  • Berprinsipkan keadilan, halal dan perkongsian keuntungan mengikut perjanjian

CIRI PERBANKAN ISLAM
  • Tiada amalam riba dan faedah
  • Berkonsepkan konngsi untung dan kerjasama (Mudharabah dan Musyarakah)
  • Bebas daripada unsur maisir (perjudian), gharar (ketidakpastian), penindasan, pembaziran dan perbuatan yang tidak bermoral.
  • Mementingkan masyarakat dan negara




PERBANDINGAN ANTARA PERBANKAN ISLAM DAN PERBANKAN KONVENSIONAL

No
PERKARA
PERBEZAAN
1
Wahyu daripada Allah
Vs
Pemikiran Manusia
Perbankan Islam = Ini kerana ‘manual’ yang allah S.W.T. sediakan kepada manusia adalah Al-Quran dan Nabi kita Muhammad S.A.W. telah memberikan contoh bagaimana mengendalikan ‘manual’ tersebut sepanjang hidup kita.

Perbankan Konvensional = Bila akal dan pengalaman manusia dijadikan asas rujukan, maka ia terdedah kepada seribu satu macam kelemahan kerana manusia itu lemah.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud =
“ Kitab Al-Quran ini, tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. “ ( Surah Al-Baqarah [2:2] )
2
Iman dan Taqwa
Vs
Kepuasan Duniawi
Perbankan Islam = Pelaksanaan system Islam memerlukan iman & taqwa di dalam diri, maka setiap peraturan Allah adalah amanah. Setiap amanah tidak akan dipandang rendah oleh setiap mukallaf yang bertaqwa.

Perbankan Konvensional = Tidak dipandu dengan nilai iman & taqwa. Oleh yang demikian, dalam pengendalian perbankan konvensional, banyak perkaa yang tidak sehaluan dengan kehendak Islam berlaku.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud =
“ Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka, nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang ada padanya. Bahka Kami memberi kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik; mereka tidak juga mahu menerimanya. “ ( Surah Al-Mukminun [23:71] )
3
Tanggungjawab Agama
Vs
Tuntutan Manusiawi
Perbankan Islam = Melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya adalah terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah, contohnya pegharaman riba.

Perbankan Konvensional = Berasaskan semata-mata kepada pemikiran manusia maka terlalu banyak aktiviti yang bercanggah dengan Islam termasuklah sistem riba yang menjadi paksi kepada system perbankan konvensional.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud =
“ Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata; Sesungguhnya aku dari kalangan orang beriman” ( Surah Fussilat [41:33] )
4
Redha Allah & Manusia
Vs
Redha Manusia
Perbankan Islam = Setiap urusniaga yang dijalankan akan berpayungkan kehendak Islam dan mencari keredhaan Allah S.W.T. semata-mata mengambil kira maslahah manusia.

Perbankan Konvensional = Tidak dipandu oleh panduan Ilahi yang akhirnya boleh membawa kepada kecelakaan di dalam kehidupan mereka. Ini terbukti dengan keingkaran mentaati perintah Allah S.W.T. dalam urusniaga iaitu semata-mata untuk mengajar  keuntungan duniawi.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud =
“ Adakah orang yang menurut keredhaan Allah itu sama seperti orang yang kesudahannya mendapat kemurkaan dari Allah? Sedang tempat kembainya ialah neraka jahanam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. “ ( Surah Ali Imran [3:162] )
5
Mematuhi Perintah Allah
Vs
Melanggar Perintah Allah
Perbankan Islam = Setiap aktiviti yang dilakukan, sebagai contoh; membangunkan produk-produk yang baru, sistem perbankan Islam wajib meneliti persoalan hala dan haram sesuatu urusniaga yang ingin dilaksanakan.

Perbankan Konvensional = Tidak menilai urusniaga mereka dengan nilaian kacamata Allah S.W.T. Seolah-olah tidak menyedari bahawa segala urusniaga yang dilakukan akan dicatat oleh para malaikat Allah S.W.T. sama ada beroleh pahala atau dosa.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud =
“ Kuasa pemerintahan pada hari kiamat itu tertentu bagi Allah. Ia akan menghukum di antara mereka. Maka orang yang beriman dan beramal soleh ditempatkan di dalam syurga yang penuh dengan segala nikmat dan kesenangan. Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami,, maka mereka beroleh azab seksa yang menghina. “ ( Surah Al-Hajj [22:56-57] )
6
Keadilan Matlamat Utama
Vs
Keuntungan Matlamat Utama
Perbankan Islam = Adil ialah meletakkan sesuatu di tempatnya yang betul. Keadilan dalam Islam ialah bersifat menyeluruh iaitu memenuhi keadilan ke atas semua pihak yang berkontrak. Manfaat yang Allah S.W.T. kurniakan dikongsi bersama dengan pihak-pihak yang terlibat.

Perbankan Konvensional = Amalan urusniaga yang terkeluar dari orbit Islam menyebabkan keadilan itu tidak dapat diserlahkan dengan sempurna.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud =
“ Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat baik dan memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan mungkar dan kezaliman. Ia mengejar kamu supaya kamu mengambil peringatan “ ( Surah Al- Nahl [16:90] )


No comments:

Post a Comment